Tempat: Bilik Mesyuarat Guru
Masa: 1.30 hingga 2.00 petang
Petang tadi telah dilangsungkan majlis perjumpaan dengan 21 orang pelajar yang diterima untuk memegang Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) baharu bagi tahun 2010. Dengan kerjasama unit kaunseling dan unit disiplin SMSL, selain daripada taklimat mengisi borang membuka buku akaun biasiswa, satu sesi motivasi dan juga ikrar pelajar dilakukan. Ini bagi memberi kesedaran kepada pelajar untuk menghargai nikmat dan kemudahan yang telah diterima itu dengan sebaik-baiknya. Turut menghadiri majlis ini ialah Penolong Kanan HEM, En Samsuddin.
Taklimat dan Ikrar Pelajar
Terima kasih atas kehadiran semua guru dan pelajar-pelajar.
Wednesday, August 11, 2010
Tuesday, August 10, 2010
PENERIMA BKP TAWARAN BAHARU 2010 SBP
Daripada: BPSBPSK
No rujukan: KPM/(BPSBPSK)403/002/01 jld 7(3)
Tarikh: 26 Julai 2010
Isi kandungan:
SENARAI PENERIMA TAWARAN BARU BIASISWA KECIL PERSEKUTUAN 20101 | Adrianne Favianne |
2 | Ak. Mohd Amrie Ag Khamis |
3 | Clarence Edwin |
4 | Jeffrey Jikka |
5 | Marcellia Salam |
6 | Mohd Basri Meripan |
7 | Mohd Efey Fareydshafiq |
8 | Mohd Firdaus Mat |
9 | Mohd Hafizhan Bin Ismail |
10 | Mohd Irwan Dahlan |
11 | Mohd Syafiq Shabri |
12 | Mohd Syariffie Airul Akmar |
13 | Mohd Yazid Yusuf |
14 | Nazree Mansor |
15 | Nurafizza Abdul Halik |
16 | Nuraidah Zakaria |
17 | Walfred Mistin |
18 | Fahira Fuadi |
19 | Nurul Fadila Binti Ab Rajak |
20 | Marestella Fran Abak Kansi |
21 | Zauariah Bt Basir |
Tahniah! Seramai 21 orang daripada 26 orang senarai pelajar yang layak memohon telah ditawarkan BKP. Ini menggembirakan pelajar dan ibubapa yang semakin risau memikirkan tentang kewangan mereka untuk menampung pelajaran di tahun-tahun akan datang. Diharap kemudahan dan bantuan ini dianggap sebagai rahmat Tuhan dan tidak dibelanjakan tanpa berhemah.
Monday, April 19, 2010
PERMOHONAN BIASISWA BKP SECARA ONLINE BERMULA
Permohonan Secara On Line bagi BPSBPSK telah dibuka. Tarikh pembukaan website ialah dari 18 April hingga 24 April 2010 dimana SBP diletakkan dibwah zon 2. Setiausaha Biasiswa dalam masa terdekat ini sibuk mengemaskini data dan meng"key-in" data tersebut dalam website tersebut di http://apps.emoe.gov.my/bkp/. Walau bagaimanapun masih ada pelajar yang belum melengkapkan data dan diminta menghantar borang kepada SUB, Cikgu Aiza secepat mungkin.Harap maklum.
Friday, April 16, 2010
Minit Mesyuarat Pemilihan Calon dan Temuduga BKP kepada Pelajar yang Layak Memohon.
Tarikh: 16 April 2010
Tempat: Bilik Mesyuarat SMSL
Masa: 2.30 ptg-4.30 ptg.
Kehadiran:
Pengetua (En Ali Deros)
PK Ko-Kurikulum (Ustazah Rokiah)
Setiausaha Biasiswa (En Aiza)
Guru Kaunseling (Pn Ketty)
AJK Biasisawa
Guru-guru kelas.
Seramai 17 orang pelajar daripada 26 orang pelajar yang di senaraikan layak memohon BKP oleh KPM telah ditemuduga oleh panel pemilihan calon yang diketuai oleh Pengetua. Langkah ini bagi membolehkan guru-guru mengenali lebih lanjut latarbelakang pelajar supaya biasiswa tidak tersalah beri kepada pelajar yang tidak sepatutnya.Adalah dikesalkan kerana ada pelajar tidak menghadiri temuduga ini, walau telah dimaklum pada perhimpunan pagi dan notis juga telah ditampal.Ini boleh menyulitkan pihak biasiswa kerana ada antara mereka tidak mengisi dengan lengkap borang yang diberikan yang boleh menyebabkan permohonan mereka ditolak.
Proses temuduga sebelum permohonan online ini adalah julung kali diadakan, kerana pada tahun-tahun sebelum ini, pemilihan calon adalah secara mesyuarat tertutup antara AJK Biasiswa berpandukan borang yang di isi.
Diharap pada tahun hadapan dapat dikekalkan proses temuduga sebelum permohonan online ini.
Wednesday, April 14, 2010
Temuduga Calon dan Mesyuarat Pemilihan Bakal Pemohon BKP baru
Pelajar yang disenaraikan oleh KPM sebagai layak untuk memohon BKP perlu menghadiri satu sesi temuduga berkelompok pada ketetapan berikut:
Tarikh: 16 April 2010 (Jumaat)
Tempat: Bilik Mesyuarat
Masa: 2.00 petang
Tempat: Bilik Mesyuarat
Masa: 2.00 petang
Sila hadirkan diri.Kegagalan anda boleh menyebabkan permohonan anda ditolak.
Tuesday, April 13, 2010
Bengkel Permohonan BKP secara online JPWPL
Tarikh: 13 April 2010
Masa: 2.30 ptg
Tempat: Makmal Komputer BTP WPL
Guru-guru biasiswa BKP seluruh labuan termasuk wakil guru SMSL, En Aiza, sama-sama berbengkel untuk memasukkan data pelajar secara online. Walaubagaimanapun disebabkan SMSL adalah dari Zon 2, data tidak dapat dimasukkan kerana belum dibuka untuk Zon 2(sekolah berasrama penuh) yang dijangka bermula 18 April 2010. Terima kasih kepada pegawai dari JPNWPL, En Salamat dan Pn Rosmariati.
Masa: 2.30 ptg
Tempat: Makmal Komputer BTP WPL
Guru-guru biasiswa BKP seluruh labuan termasuk wakil guru SMSL, En Aiza, sama-sama berbengkel untuk memasukkan data pelajar secara online. Walaubagaimanapun disebabkan SMSL adalah dari Zon 2, data tidak dapat dimasukkan kerana belum dibuka untuk Zon 2(sekolah berasrama penuh) yang dijangka bermula 18 April 2010. Terima kasih kepada pegawai dari JPNWPL, En Salamat dan Pn Rosmariati.
Friday, April 9, 2010
Permohonan Secara On-line Biasiswa BKP
Guru biasiswa diminta untuk memasukkan data (key-in) data pelajar yang disenaraikan layak memohon BKP oleh KPM tempohari secara online yang akan dibuka mengikut ZON. BPSBPSK adalah dari Zon 2 iaitu bermula pada 18 April 2010-24 April 2010.
Thursday, April 1, 2010
Senarai Nama Pelajar Layak Memohon Biasiswa Baru BKP 2010
KPM telah membuka semakan secara online pelajar yang layak untuk memohon BKP. Pelajar ini dipilih dari data SMM tahun 2009 dan 2010. Senarai pelajar tersebut seperti di bawah. Pelajar tersebut sila ambil tindakan dengan melengkapkan borang permohonan dan dihantar kepada guru biasiswa BKP En. Aiza.
Saturday, January 30, 2010
Prestasi Pelajar PMR Projek Khas dan Yayasan
Satu surat arahan dari BPSBPSK telah meminta laporan tentang prestasi PMR bagi pelajar projek khas dan juga pelajar PMR yang menerima tajaan yayasan sabah-sarawak. Arahan tersebut selamat dijalankan dan guru-guru boleh melihat salinan laporan tersebut.
Mesyuarat JK Biasiswa dan Kebajikan Pelajar Kali 1/2010
Tarikh: 20 Januari 2010
Hari: Rabu
Temapat: Bilik Mutiara
Di ucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran AJK. Semoga pengurusan Biasiswa tahun ini berjalan lancar.
Hari: Rabu
Temapat: Bilik Mutiara
Di ucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran AJK. Semoga pengurusan Biasiswa tahun ini berjalan lancar.
Subscribe to:
Posts (Atom)