Wednesday, August 11, 2010

Perjumpaan dan Taklimat Pembukaan Akaun, Ikrar Akuan Menjaga Sahsiah dan Akademik Oleh Pelajar Yang ditawarkan Biasiswa Baharu

Tempat: Bilik Mesyuarat Guru
Masa: 1.30 hingga 2.00 petang

Petang tadi telah dilangsungkan majlis perjumpaan dengan 21 orang pelajar yang diterima untuk memegang Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) baharu bagi tahun 2010. Dengan kerjasama unit kaunseling dan unit disiplin SMSL, selain daripada taklimat mengisi borang membuka buku akaun biasiswa, satu sesi motivasi dan juga ikrar pelajar dilakukan. Ini bagi memberi kesedaran kepada pelajar untuk menghargai nikmat dan kemudahan yang telah diterima itu dengan sebaik-baiknya. Turut menghadiri majlis ini ialah Penolong Kanan HEM, En Samsuddin.



Taklimat dan Ikrar Pelajar
Terima kasih atas kehadiran semua guru dan pelajar-pelajar.

No comments:

Post a Comment