Monday, April 19, 2010

PERMOHONAN BIASISWA BKP SECARA ONLINE BERMULA

Permohonan Secara On Line bagi BPSBPSK telah dibuka. Tarikh pembukaan website ialah dari 18 April hingga 24 April 2010 dimana SBP diletakkan dibwah zon 2. Setiausaha Biasiswa dalam masa terdekat ini sibuk mengemaskini data dan meng"key-in" data tersebut dalam website tersebut di http://apps.emoe.gov.my/bkp/. Walau bagaimanapun masih ada pelajar yang belum melengkapkan data dan diminta menghantar borang kepada SUB, Cikgu Aiza secepat mungkin.Harap maklum.

Friday, April 16, 2010

Minit Mesyuarat Pemilihan Calon dan Temuduga BKP kepada Pelajar yang Layak Memohon.



Tarikh: 16 April 2010
Tempat: Bilik Mesyuarat SMSL
Masa: 2.30 ptg-4.30 ptg.

Kehadiran:
Pengetua (En Ali Deros)
PK Ko-Kurikulum (Ustazah Rokiah)
Setiausaha Biasiswa (En Aiza)
Guru Kaunseling (Pn Ketty)
AJK Biasisawa
Guru-guru kelas.

Seramai 17 orang pelajar daripada 26 orang pelajar yang di senaraikan layak memohon BKP oleh KPM telah ditemuduga oleh panel pemilihan calon yang diketuai oleh Pengetua. Langkah ini bagi membolehkan guru-guru mengenali lebih lanjut latarbelakang pelajar supaya biasiswa tidak tersalah beri kepada pelajar yang tidak sepatutnya.Adalah dikesalkan kerana ada pelajar tidak menghadiri temuduga ini, walau telah dimaklum pada perhimpunan pagi dan notis juga telah ditampal.Ini boleh menyulitkan pihak biasiswa kerana ada antara mereka tidak mengisi dengan lengkap borang yang diberikan yang boleh menyebabkan permohonan mereka ditolak.

Proses temuduga sebelum permohonan online ini adalah julung kali diadakan, kerana pada tahun-tahun sebelum ini, pemilihan calon adalah secara mesyuarat tertutup antara AJK Biasiswa berpandukan borang yang di isi.

Diharap pada tahun hadapan dapat dikekalkan proses temuduga sebelum permohonan online ini.

Wednesday, April 14, 2010

Temuduga Calon dan Mesyuarat Pemilihan Bakal Pemohon BKP baru

Pelajar yang disenaraikan oleh KPM sebagai layak untuk memohon BKP perlu menghadiri satu sesi temuduga berkelompok pada ketetapan berikut:

Tarikh: 16 April 2010 (Jumaat)
Tempat: Bilik Mesyuarat
Masa: 2.00 petang

Sila hadirkan diri.Kegagalan anda boleh menyebabkan permohonan anda ditolak.

Tuesday, April 13, 2010

Bengkel Permohonan BKP secara online JPWPL

Tarikh: 13 April 2010
Masa: 2.30 ptg
Tempat: Makmal Komputer BTP WPL

Guru-guru biasiswa BKP seluruh labuan termasuk wakil guru SMSL, En Aiza, sama-sama berbengkel untuk memasukkan data pelajar secara online. Walaubagaimanapun disebabkan SMSL adalah dari Zon 2, data tidak dapat dimasukkan kerana belum dibuka untuk Zon 2(sekolah berasrama penuh) yang dijangka bermula 18 April 2010. Terima kasih kepada pegawai dari JPNWPL, En Salamat dan Pn Rosmariati.

Friday, April 9, 2010

Permohonan Secara On-line Biasiswa BKP

Guru biasiswa diminta untuk memasukkan data (key-in) data pelajar yang disenaraikan layak memohon BKP oleh KPM tempohari secara online yang akan dibuka mengikut ZON. BPSBPSK adalah dari Zon 2 iaitu bermula pada 18 April 2010-24 April 2010.

Thursday, April 1, 2010

Senarai Nama Pelajar Layak Memohon Biasiswa Baru BKP 2010

KPM telah membuka semakan secara online pelajar yang layak untuk memohon BKP. Pelajar ini dipilih dari data SMM tahun 2009 dan 2010. Senarai pelajar tersebut seperti di bawah. Pelajar tersebut sila ambil tindakan dengan melengkapkan borang permohonan dan dihantar kepada guru biasiswa BKP En. Aiza.