Friday, April 16, 2010

Minit Mesyuarat Pemilihan Calon dan Temuduga BKP kepada Pelajar yang Layak Memohon.



Tarikh: 16 April 2010
Tempat: Bilik Mesyuarat SMSL
Masa: 2.30 ptg-4.30 ptg.

Kehadiran:
Pengetua (En Ali Deros)
PK Ko-Kurikulum (Ustazah Rokiah)
Setiausaha Biasiswa (En Aiza)
Guru Kaunseling (Pn Ketty)
AJK Biasisawa
Guru-guru kelas.

Seramai 17 orang pelajar daripada 26 orang pelajar yang di senaraikan layak memohon BKP oleh KPM telah ditemuduga oleh panel pemilihan calon yang diketuai oleh Pengetua. Langkah ini bagi membolehkan guru-guru mengenali lebih lanjut latarbelakang pelajar supaya biasiswa tidak tersalah beri kepada pelajar yang tidak sepatutnya.Adalah dikesalkan kerana ada pelajar tidak menghadiri temuduga ini, walau telah dimaklum pada perhimpunan pagi dan notis juga telah ditampal.Ini boleh menyulitkan pihak biasiswa kerana ada antara mereka tidak mengisi dengan lengkap borang yang diberikan yang boleh menyebabkan permohonan mereka ditolak.

Proses temuduga sebelum permohonan online ini adalah julung kali diadakan, kerana pada tahun-tahun sebelum ini, pemilihan calon adalah secara mesyuarat tertutup antara AJK Biasiswa berpandukan borang yang di isi.

Diharap pada tahun hadapan dapat dikekalkan proses temuduga sebelum permohonan online ini.

No comments:

Post a Comment