Bank Negara Malaysia (BNM) ingin menawarkan Skim Biasiswa Bank Negara
Malaysia bagi pelajar-pelajar yang mencapai keputusan cemerlang dalam
PMR2011.
Skim biasiswa ini bertujuan untuk mengenal pasti
pelajar-pelajar yang berpotensi tinggi bagi menyertai Program Biasiswa
Bank. Skim ini juga akan ditawarkan kepada 20 orang pelajar-pelajar di
kawasan pedalaman di setiap negeri yang terdiri daripada keluarga yang
berpendapatan rendah sebanyak RM2,000.00 sebulan.
Kriteria pencalonan pelajar-pelajar adalah seperti berikut.
a. Warganegara Malaysia
b. Pencapaian keputusan cemerlang semua A dalam PMR2011
c. Penglibatan aktif dalam aktiviti ko-kurikulum dan sukan di peringkat negara, negeri, daerah dan sekolah,
d. Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM2,000.00 sebulan, dan
e. Belum menerima tajaan daripada mana-mana pihak.
Sekolah yang terlibat boleh mencalonkan 2 orang pelajar. Sila
kembalikan borang kepada Unit Hal Ehwal Murid, Jabatan Pelajaran Pulau
Pinang (u.p. Amat Sazali bin Abu Hassan) pada atau sebelum 18hb. April 2012
Klik >>>> : Borang Biasiswa Bank Negara.
No comments:
Post a Comment